Monday, April 10, 2006

Lirik Lagu Pilihan Hari Ini

Makluman kepada sesapa yang tak tau pasal lagu nie. Lagu nie adalah lagu yang sedang berkumandang setiap kali korang masuk blog aku nie hah.....Pada yg tak kenal sapa Ibnor Reza nie......hehehe.....so mmg sah ler aku nie lebih kertu dari korang.....haha....


Mimpi Yang Tak Sudah
Ibnor Reza

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

( ulang korus hingga akhir )

Monday, April 03, 2006

Cabaran buat Kakak

Last weekend kakak balik rumah lepas hubby ambik kat sekolah asrama dia. Bila sampai rumah aku tanya camne sekolah....dan-dan tu dia terus nangis...katanya tak suka sekolah tu pasal cikgu tak mengajar sangat.....cikgu suruh buat eksperimen tapi tak explain kenapa buat eksperimen tu.....pastu tiap-tiap bulan peksa & ada kuiz....peksa bulanan & kuiz akan contribute certain percentage of final exam......bla...bla...bla.....dia kata tak der masa nak study pasal petang-petang kena main.....setiap kali orang telefon tanya pasal sekolah dia menangis....hehehe...sabo jer lah....I just listen to her complaint but pasal aku dah alami semua tu, aku minta dia bersabar.....

Aku tahu dia tak suka sekolah tu pasal MRSM nie cara pengajaran agak berbeza dari sekolah gomen. Tapi aku suka kakak sekolah kat sana yang ajar dia untuk berfikir why & how bukan hanya menerima dan melancar apa yang cikgu ajar tanpa memahami pelajaran tersebut. Aku nak dia lebih kerap bertanya pada cikgu dan menganalisa setiap tugasan yg cikgu beri. Maybe it will take sometime for her to adjust to the new environment. Cuma apa yang dapat aku tolong hanya dengan memberi encouragement and support. I told her I don't expect her to excel in this few months but I want her to understand what she learned at school.

So Kakak, good luck & we'll miss you at home! For the time being, ayah, adik & umi akan jenguk kakak every week sampai kakak dapat adjust dgn cara pembelajaran di sana.....ok?

Lagu Pilihan Hari Ini

Lagu yang sedang bermain dimindaku....


Kian - Mawi

Kian jauh
Kian hilang
Kasih antara kita

Nampak tenang
Pada zahir
Tapi batin terseksa

Yang terguris tak nampak di mata
Yang terhiris terluka
Sesekali terbit airmata
Tahan sebak di dada

Ke manakah ... nak dibawa
Resah kian melanda

Di manakah
Hendak kukhabar
Pilu di dalam dada

Bila kasih di hujungnya nyawa
Rasa ingin dimanja

Perasaan pun kian tersentuh
Bila rindu ini berlabuh

Apakah yang dikejar dalam hidupmu
Berkali kukata padamu
Kita singgah ... di dunia ... yang sementara
Penuh tipu daya

Yang kekal
Akhirat
Biarlah ... kita bersama

Usahlah
Hanyut terus terlena
Kerana dunia

Pada aku masih ada
Kasih belum terhakis
Sebenarnya ... sudah lama
Ku sungguh berkecil hati

Lagu : Fauzi Marzuki
Lirik : Lukhman S