Sunday, May 21, 2006

Emy dalam kenangan

Baru hari ni aku dapat kekuatan untuk menulis serba sikit pasal pemergian Emy ke rahmatullah. Setiap kali aku dengar lagu Dealove dari Once Dewa aku teringat kat Emy. Lirik lagu ini adalah posting terakhir arwah di dalam blog beliau. Aku dah lama tak menjejak kaki ke blog arwah dan lain-lain AMTY serta jarang update blog aku kerana kesibukan dan stress kerja yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Selalu jugak aku melepas geram kat tingkap dan pada kawan-kawan aku mengucapkan terima kasih kerana sabar dengan kerenah aku.

Aku menerima panggilan dari Tos pada lebih kurang jam 6:25 pagi pada pagi 15 Mei 2006 tetapi aku kurang pasti siapa yang membuat panggilan kerana tiada nama tertera di telefon aku. Aku terdengar suara orang menangis tetapi aku tidak dapat mendengar butir-butir kata dengan jelas. Terfikir jugak aku kalau salah seorang dari kenalan aku sedang menghadapi kemalangan atau benda-benda yg tidak baik berlaku ke atas dirinya. Aku cuba menelefon kembali nombor yang aku terima tetapi aku terus menerima 'voice mail'. Sempat juga aku membuat panggilan ke rumah untuk mendapat kepastian bahawa tiada apa yang berlaku di sana.

Oleh kerana aku terpaksa menghadiri kursus selama dua hari, aku terus terlupa untuk menelefon kembali nombor tersebut. Aku juga tidak mendengar bunyi sms kerana phone aku telah ku buat 'silent mode'. Lebih kurang jam 4:00 petang baru aku teringat untuk melihat phone aku dan baru aku terbaca sms dari Tos. Aku seakan tidak percaya dengan apa yg aku baca. Hendak ku tangis tetapi tak berair mata. Aku terus terdiam sambil berharap agar apa yang aku baca hanyalah sekadar gurauan dan tidak sabar untuk menunggu jam 5:00 ptg untuk pulang.

Sebaik sahaja aku tiba dirumah aku terus menelefon Tos untuk meminta kepastian. Aku tidak dapat menahan airmata dan sambil terisak-isak aku bertanya pada Tos tentang sebab pemergian beliau. Aku begitu terkejut kerana diberitahu bahawa stress yang membawa kepada masalah jantung merupakan punca utama pemergian beliau. Aku jugak terfikir adakah aku juga akan menerima nasib yang sama sekiranya aku tidak menjaga kesihatan aku??!! Astaghfirullahalazim.....ajal & maut adalah ketentuan Allah.....aku harus menerima pemergian arwah....

Arwah yang aku kenal adalah kawan, anak, kakak dan pekerja yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Sebagai kawan, beliau sanggup turun ke KL semata-mata ingin bertemu dengan kami di sini. Sanggup menguruskan tempat pertemuan dan 'persuade' kami untuk hadir. Beliau sanggup bersusah payah untuk kami semua.......aku sungguh terharu dengan semangat beliau kerana aku rasa aku tak mampu buat begitu sekiranya aku berada ditempatnya. Just read her blog to know how much she loved her family.

Aku teringat bahawa aku berhutang buku dengan Emy kerana beliau telah terbaca senarai buku-buku cerita aku di blog aku yang lama dan pernah meminta untuk meminjam beberapa buah dari senarai tersebut. Aku sudah lama tak bertemu dengan Emy jadi aku ingat aku akan bawa buku-buku tersebut semasa pertemuan kami akan datang....tetapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku......aku redha....

Emy, I really miss u dan walaupun aku tak pernah meluahkan kata-kata ini tetapi aku menganggap kau seperti adik aku sendiri sepertimana AMTY yang lain. Al-Fatihah......Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan berada di kalangan orang-orang yang beriman......Amin!

image from: http://www.atpm.com/11.02/nature/images/blue-flower.jpg

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Al Fatihah untuk arwah Emy..

2:09 pm  
Anonymous Anonymous said...

Very cool design! Useful information. Go on! » » »

3:35 pm  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home