Thursday, November 06, 2008

Welcome back!

OMG! Long time no blogging!! This is my first post after more than 2 years!! I thought I dah kene block from this account but I manage to remember my ID and password. Ok, I will try to update this blog more frequently from now on, insya Allah. I've just got some motivation recently to continue this. Ok c ya soon!

Thursday, October 05, 2006

Bla...bla....bla

Adoi la.....kenapa lar aku malas nak update blog sekarang...aku rasa perasaan teruja aku dah hilang agaknya.....atau mungkinkah kerana aku semakin tua?

Tak lama lagi aku akan sambut birthday lagi....another birthday another year older. Ah.....susah untuk aku meluahkan perasan aku sekarang. My high school friends just had a few small reunion tapi aku mengelak untuk berjumpa dengan mereka....kenapa yer? Sebelum ni aku dengan selamba jer jumpa mereka walaupun aku tahu most of them tak kenal aku lagi disebabkan perubahan ketara dari segi saiz badan....tapi sekarang kalau boleh aku malas nak berjumpa dengan mereka....maybe, I've nothing to talk about with them kot...or maybe I have nothing in common with them any more....aku almost lupa kenangan manis & pahit semasa di sekolah dulu.....I can't even put their names & their faces together anymore....

Apa yang membuatkan aku teruja sekarang ni hanya planning aku bercuti ke Australia....there's been a few hiccups here & there and almost nak kene cancelled but alhamdulillah, cuma tinggal satu obstacle with kakak's exams. Kalau kakak dah tak der exam on the last week before her last cuti semester for this year, insyallah.............Australia, here we come!!! Harap-harap semua berjalan dengan lancar. Aku pun dah apply cuti.....aku pulak yang terlebih excited....

I've been down a few months before because of work related problem and now I'm waiting for the verdict....Aku berdoa sangat agar aku bebas dari segala masalah ini. Mungkin ini dugaan dari Allah kerana aku lalai & alpa kepadaNya.....tetapi aku Redha di atas apa yang Engkau berikan kepadaku.....Ya, ALLAH.....aku hanya insan yang kerdil dan tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan....Aku bertaubat kepadaMu......Ampunkan lah dosa-dosaku dan tunjukkan lah aku ke jalan yang Kau redhai.....Amin!

Thursday, August 10, 2006

Ceritaku & Lagu AF4 Pilihanku

Fuiyoooo!! Lamanya aku tak update blog aku ni.....tinggi dah lalang & sawang bersepah-sepah kat sini.....hehehe.....Sebenarnya sebelum ni aku tersangat sibuk dengan kerja tapi since a month ago aku dipertanggungjawabkan untuk lead a new department. Well, its a challange for me but I've been in this situation before so tak der hal punya lar.....I'm more contented & less stress out sekarang but I'm still with my old Fat Boss.....grrrrr.....well, maybe I'm fated to work under him so I terima saja lah dia seadanya......huhu.....dia pun kene accept aku gak kan? Setakat nie aku tengok dia ok lar....tak macam dulu....maybe dia pun stress kot dulu.....whatever!!!

My favourite pastime pun masih AF tapi aku malas nak review daily diaries & konsert mingguan pasal aku sibuk & tak der yg interesting sangat pada masa tu. Lagi pun aku sibuk gak ngan Cawan Dunia.....hahaha....Tapi aku nak give my piece of mind pasal AF4 nie kat sini hari ni. Aku suka sumer finalist AF4 nie dan bakat mereka seimbang. Aku rasa AF4 kali nie agak membosankan pasal Astro cuba nak menaikkan Farhan sebagai juara so tiap hari ada saja aksi Farhan yang membosankan cuba mereka tayangkan. Aku ni perempuan, bukannya aku kata Farhan nie tak berbakat tapi naluri perempuan suka lebih pada lelaki....tak macam tu? hehehe....so aku nak tengok Faizal lebih dari Farhan.....hahaha....cuma apa yang Astro cuba portray Faizal nie sebagai blur tak bertempat.....so sekarang bila Faizal jadik juara hah.....padan muka Astro.....buat ler damage control ko tu....kalo tak Juara AF4 nie tak laku lar.....Walaubagaimanapun, aku suka sebenarnya kat budak berdua nie Faizal & Farhan (warigh den nie...hehe) dan aku akan support mereka berdua. All the best to them both, also to Haziq, Velvet & Lotter.....

Nie lirik lagu-lagu di Konsert Akhir AF4 yang sememangnya aku suka.....esp lagu Faizal....enjoy!!

********************************************

Tajuk:Lihatlah
Artis:Faizal

Lagu : M.Nasir
Lirik : Loloq

Kepada Tuhanku aku berserah
Rinduku untuk kau terima
Kerana jiwa tulus bukan syarat bertakhta cinta

Biarpun seluruh nafasku
Menjunjung namamu selalu
Meskinya ruang hatiku hanya ada wajahmu

Bukan ku tak percaya
Kau kasihku
Bukan ku berputus asa
Pada kasihmu yang bisa merubah segalanya

Lihatlah hujan yang turun putih berkilau
Masih berdebu
Inikan lagi kejujuranku
Insan berpalu
Tangisan pilu

Lihatlah
Lihatlah di sebalik zahirku
Lihatlah
Lihatlah ke dalam batinku
Lihatlah
Lihatlah kebenaran tersirat
Lihatlah dengan mata halus, siapa diriku


Tajuk:Aku Saja Yang Tahu
Artis:Farhan

Lagu : Ajai
Lirik : Ajai/Fauziah Nawi

Kepuasan yang ku rasa di jiwa
Sejak ku di gelar kekasih
Oh di situlah
Terjadi semua kenangan yang tak pernah aku lalui

Mengapa masih jadi begini
Yang aku sendiri tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dia tiada lah kenangan yang masih melanda jiwa

Dan masih aku mencari segala kenangan
Di dalam erti yang besar
Walau kita hanya teman

Ku yakin kasih masih begini
Namun aku yang bersalah terhadapmu

Sedangkan aku masih begini kekasih
Mengapa aku yang kau cinta

Mengapa masih jadi begini
Yang aku sendiri tak pernah mengerti
Sedangkan aku tak pernah percayakan cinta
Dia tiadalah kenangan yang masih melanda jiwa

Dan masih aku mencari segala kenangan
Di dalam erti yang besar walau kita hanya teman

Jangan kau rasa
Biar pun aku yang bersalah
Kau hentikan cinta ini
Walau apa yang dijanjikan
Oh.ku yang tahu (2x)


Tajuk:Kini Detiknya
Artis:Velvet

Lagu : Sharon Paul

Lirik : Fedtri Yahya

Bintang di langit terindah
Melambai kau yang bersedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi di awan menanti kau dendangkan lagu cinta

Gemakan hati bergetaran
Hembuskan nafas sedamainyaBiar sang burung bersinggahan
Di halaman cinta
Sambil menyanyikan simfoni rindu

Chorus :
Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan janji

Buka rahsia hatimu
Kau luaskan kepercayaan
Tiada lagi sempadannya
Merenda asmara menyambut kau lafazkan kata cinta

Bridge :
Tak perlu kenang lagi derita lama
Tak perlu ada keraguan sewenang menghalang
Atas nama cinta tanpa curiga..berjanjilah


Tajuk:Gurindam Anak Muda
Artis:Haziq

Lagu & Lirik : Ramli Sarip

Resah semakin resah
Jiwa tambah gelora
Senyum terkadang tidak
Nak ku lerai tidak terhurai

Di sana ku lihat wajahmu (2x)
Di sini wajah mu
Aku merindu

Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian

Restu mu yang ku harapkan (2x)
Doa mu budiman
Galas harapan

Chorus :
Ku lagukan untuk mu
Buat penawar rindu
Gurindam anak muda
Butiran kasih mesra
Maafkanlah seandainya
Kurang adat berbudaya
Maafkanlah

Diri mencari teman
Sahabat jauh sekali
Ingin sama dijulang
Genggam puncak impian

Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan

Restu mu yang ku harapkan
Doa mu budiman
Galas harapan

*Repeat chorus


Tajuk:Yang Berlalu...Tak Berulang
Artis:Lotter

Lagu : Nerves Pretty Ugly
Lirik : Loloq

Baruku sedar bintang
Rupa-rupanya mentari
Seluas lautan
Pasir tak terbilang

Baruku sedar Kasih
Rupa-rupanya Nurani
Menyulam sinaran
Cinta tak terbayang

Chorus :
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh cinta
Jatuh cinta keranamu
Engkau bukti cinta
Bukti cinta sebenarnya
Aku jatuh hati
Jatuh hati jadinya

Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa
Baruku sedar rindu
Rupa-rupanya gurauan
Bicara asmara
Melamar di jiwa

Baruku sedar cinta
Rupa-rupanya pakaian
Sang Adam dan Hawa
Berbisik di syurga

Bridge :
Katakanlah
Apa saja yang terbuku
Usahlah malu
Biarkan cinta tunggu uh..uh..

Demi masa
Lintas sehala
Yang berlalu
Tak terulang

Wednesday, May 31, 2006

Diari hari ini

Hidup seharian

Hari ni birthday kakak. Alamak! Nampak sangat aku nie dah makin tua.....aiseyman.....what to do? kene terima gak.....hehe.....Hari nie kakak ajak kekawan makan-makan kat rumah tapi punya ler kami terkejut bila diberitahu dia jemput lebih kurang 20 org kekawan.....ish...pandai jer dia....macam ler mak pak cop duit!!

Abang masih sibuk dengan projek Sudan & India......tapi I'm glad finally dia akan dapat payment so boleh ler dia bayar gaji staffs yg dah tertangguh ntah berapa bulan.....tapi untuk diri sendiri kene ler tunggu habis projek.....sian abang.....sabo jer lah!!

Adik pulak gembira sejak kakak balik cuti sekolah.....aku telefon tadi siap backing kakak saying that kakak tolong bibik masak utk kekawan kakak.....ye ler tu....ntah-ntah kakak cuma tolong siat daging utk buat soto jer kot.....tapi ummi sayang adik pasal adik ingat kat kakak walaupun kakak selalu marah adik.....sayang anak ummi sorang......

Aku pulak balik rumah selalu tension......hal keje ler....apa lagik....


Kerja

Aku sekarang nie selalu bengang ngan boss boroi aku nie.....not my immediate boss tapi boss kepada boss aku. Semalam memang aku hampir naik hantu ngan boss s**l nie.....dah ler dari pukul 8:00 pagi sampai 11:30 pagi dok membebel pasal benda yg dia dok ulang dari tahun lepas....suka tunjuk pandai lagik....dia boleh kata aku nie bodoh!!! Oi, kalo aku bodoh takkan aku jadik manager lah bahalul!!! MD suruh ko arah cawangan yang buat keje tu bukan aku....!#!#$%^&*#!....pastu ko suruh pulak aku present paper tu.....ko tak faham ker yg MD sengaja suruh ko buat survey tu utk carik kelemahan ko.......yg ko suruh aku tercongok tunggu dari pukul 3:00 ptg sampai 6:30 ptg.....last-last ko jugak yg kene present.....7 jam aku membazir tak leh buat benda hapa pasal dok melayan keje bodoh ko.....!#$%^&*#!$%^


AF4

Sorry ler kekawan, tahun nie aku tak buat recap or review. Aku tak der masa nak buat.....mana nak ada masa kalo balik rumah tiap-tiap hari jam 8:00 mlm.....nasib ler aku ajar maid utk merekod diari......hehehe....so aku boleh tgk diari, konsert & imbasan bila2 masa free.

Tapi aku nak komen sikit ler pasal AF4 nie......dari prelude sampai lar nie tak der sesapa yg aku nampak very outstanding sangat. Masa prelude aku minat gak ngan sore Shaz tapi sayang dia tak dapat masuk akademi......salah pilih lagu ler dik oi!! Masa konsert prelude hari tu, pada aku yg ok hanya Farhan, Faizal & Haziq jer......so korang tau ler sapa febret aku setakat nie.....hehehe.....apa-apa pun tahun nie aku rasa budak lelaki gak yg akan jadik juara......ehmmmmm.....nak buat camno kan? terima jer lah.....


Adios.....

Sunday, May 21, 2006

Emy dalam kenangan

Baru hari ni aku dapat kekuatan untuk menulis serba sikit pasal pemergian Emy ke rahmatullah. Setiap kali aku dengar lagu Dealove dari Once Dewa aku teringat kat Emy. Lirik lagu ini adalah posting terakhir arwah di dalam blog beliau. Aku dah lama tak menjejak kaki ke blog arwah dan lain-lain AMTY serta jarang update blog aku kerana kesibukan dan stress kerja yang semakin menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini. Selalu jugak aku melepas geram kat tingkap dan pada kawan-kawan aku mengucapkan terima kasih kerana sabar dengan kerenah aku.

Aku menerima panggilan dari Tos pada lebih kurang jam 6:25 pagi pada pagi 15 Mei 2006 tetapi aku kurang pasti siapa yang membuat panggilan kerana tiada nama tertera di telefon aku. Aku terdengar suara orang menangis tetapi aku tidak dapat mendengar butir-butir kata dengan jelas. Terfikir jugak aku kalau salah seorang dari kenalan aku sedang menghadapi kemalangan atau benda-benda yg tidak baik berlaku ke atas dirinya. Aku cuba menelefon kembali nombor yang aku terima tetapi aku terus menerima 'voice mail'. Sempat juga aku membuat panggilan ke rumah untuk mendapat kepastian bahawa tiada apa yang berlaku di sana.

Oleh kerana aku terpaksa menghadiri kursus selama dua hari, aku terus terlupa untuk menelefon kembali nombor tersebut. Aku juga tidak mendengar bunyi sms kerana phone aku telah ku buat 'silent mode'. Lebih kurang jam 4:00 petang baru aku teringat untuk melihat phone aku dan baru aku terbaca sms dari Tos. Aku seakan tidak percaya dengan apa yg aku baca. Hendak ku tangis tetapi tak berair mata. Aku terus terdiam sambil berharap agar apa yang aku baca hanyalah sekadar gurauan dan tidak sabar untuk menunggu jam 5:00 ptg untuk pulang.

Sebaik sahaja aku tiba dirumah aku terus menelefon Tos untuk meminta kepastian. Aku tidak dapat menahan airmata dan sambil terisak-isak aku bertanya pada Tos tentang sebab pemergian beliau. Aku begitu terkejut kerana diberitahu bahawa stress yang membawa kepada masalah jantung merupakan punca utama pemergian beliau. Aku jugak terfikir adakah aku juga akan menerima nasib yang sama sekiranya aku tidak menjaga kesihatan aku??!! Astaghfirullahalazim.....ajal & maut adalah ketentuan Allah.....aku harus menerima pemergian arwah....

Arwah yang aku kenal adalah kawan, anak, kakak dan pekerja yang baik, bertanggungjawab dan berdedikasi. Sebagai kawan, beliau sanggup turun ke KL semata-mata ingin bertemu dengan kami di sini. Sanggup menguruskan tempat pertemuan dan 'persuade' kami untuk hadir. Beliau sanggup bersusah payah untuk kami semua.......aku sungguh terharu dengan semangat beliau kerana aku rasa aku tak mampu buat begitu sekiranya aku berada ditempatnya. Just read her blog to know how much she loved her family.

Aku teringat bahawa aku berhutang buku dengan Emy kerana beliau telah terbaca senarai buku-buku cerita aku di blog aku yang lama dan pernah meminta untuk meminjam beberapa buah dari senarai tersebut. Aku sudah lama tak bertemu dengan Emy jadi aku ingat aku akan bawa buku-buku tersebut semasa pertemuan kami akan datang....tetapi Allah lebih tahu apa yang akan berlaku......aku redha....

Emy, I really miss u dan walaupun aku tak pernah meluahkan kata-kata ini tetapi aku menganggap kau seperti adik aku sendiri sepertimana AMTY yang lain. Al-Fatihah......Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan berada di kalangan orang-orang yang beriman......Amin!

image from: http://www.atpm.com/11.02/nature/images/blue-flower.jpg

Tuesday, May 09, 2006

Lirik pilihan Bulan Mei 2006

Biarlah Rahsia - CT Nurhaliza

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku
Membayangkan Pahit Manis Berlalu
Entah Siapa Yang Tahu

Mungkin Nanti Kau Jua Merasakan
Berdepan Dengan Kata Menyesakkan
Takkan Tugumu Kebal
Tiada Pertimbangan

Chorus
Keheningan Malam Membangunkan
Kepayahan Jiwa Meluahkan
Andai Kau Jujur Memahami
Tiadaku Menjauhi

Dan Kisahku Yang Masih Panjang
Menambahkan Berat Yang Memandang
Lantas Ku Pendam
Ku Putuskan Biarlah Rahsia

Bridge
Semakin Aku Hidup Dalam Cinta
Tiada Kuasa Mampu Menghalangnya
Hentikan Kata Kata
Bertulangkan Dusta

Ulang chorus

Pernahkah Kau Bermimpi Seketika
Berada Di Tempatku

Monday, April 10, 2006

Lirik Lagu Pilihan Hari Ini

Makluman kepada sesapa yang tak tau pasal lagu nie. Lagu nie adalah lagu yang sedang berkumandang setiap kali korang masuk blog aku nie hah.....Pada yg tak kenal sapa Ibnor Reza nie......hehehe.....so mmg sah ler aku nie lebih kertu dari korang.....haha....


Mimpi Yang Tak Sudah
Ibnor Reza

Apa makna impian
Datang dan pergi
Membawa hati
Menyusuri kembali
Jalan-jalan sepi

Kau kah di situ
Yang menantiku
Atau jelmaan
Dalam kenangan
Yang bernama pengalaman

( korus )
Siapakah di antara kita
Dengan rela menjadi pendusta
Siapakah dulu membina harapan
Dan siapa yang memusnahkan impian
Tanpa sebab dan alasan
Kau lahirkan perasaan
Bagai taufan tiba-tiba datang
Dan menghilang

Kau bayang-bayang
Masa nan silam
Ada ketika terbawa-bawa
Oleh resah mimpi yang tak sudah

( ulang korus hingga akhir )